BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

 

Calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning, Yusri Bakir, secara sah sudah diisytiharkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning.

Pengisytiharan itu telah dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Ayer Kuning, Ahmad Redhauddin, di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Merdeka.

Yusri telah menewaskan calon dari Perikatan Nasional (PAS) Abd Muhaimin Malek dan KS Bawani dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Beliau menang dengan majoriti 5,006 undi.

UMNO dan Kerajaan Perpaduan sememangnya layak untuk meraikan kemenangan tersebut.

Tetapi secara khususnya bagi parti UMNO, masih ada kerja yang perlu di selesaikan segera sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16.

Dari data yang diperolehi dari PRK Ayer Kuning, ada beberapa perkara yang menuntut perhatian dan tindakan segera dari parti UMNO.

Penurunan peratusan keluar mengundi kali ini yang hanya mencapai 58.07% berbanding 74.85% pada PRU 2022.

Ia adalah perkara biasa yang berlaku di mana-mana pilihanraya kecil.

Dengan jumlah pengundi berdaftar yang masa sama seramai 31,897 orang, BN memperolehi 11,065 undi berbanding 9,088 undi pada PRU 2025.

Secara kasarnya, ia adalah peningkatan sebanyak 1,977 undi.

Tetapi jangan lupa, undi yang diperolehi BN pada PRK kali ini termasuk undi pengundi PH.

Pada PRU 2022, gabungan BN/PH memperolehi 15,963 undi atau 68.0%.

Tetapi pada PRK 2025, undi gabungan BN/PH jatuh kepada 11,083 undi atau 60.71%.

Ini menunjukkan gabungan BN/PH kehilangan 4,880 undi dan penyusutan sokongan sebanyak -7.31%.

Dalam PRU 2025, peratusan undi yang diperolehi oleh PH adalah 75% dari jumlah undi yang diperolehi oleh BN.

Sekiranya sumbangan undi dari PH dalam PRK Ayer Kuning adalah sebanyak 30%, maka jumlah undi yang diperolehi oleh BN hanyalah sebanyak 11,083-3,325(PH)=7,758 undi sahaja.

Ini bermakna BN kehilangan sebanyak 9,088-7,758=1,330 undi.

Apakah Faktor Yang Menyebabkan BN Kehilangan Undi?

 

Andaian mudah yang diberikan adalah kerana penurunan peratusan undi.

Tetapi, apakah penyebab kepada penurunan peratusan undi?

Adakah kerana ianya adalah undi protes yang membuatkan pengundi tidak mahu keluar mengundi?

Kalau itu sebabnya, apakah pula sebab pengundi membuat undi protes?

Apakah isunya?

Kita lihat beberapa isu besar yang dimainkan oleh pihak pembangkang dalam kempen PRK Ayer Kuning.

Antaranya adalah isu kandang babi yang dikatakan telah mengganggu ketenteraman penduduk tempatan.

Tetapi sebenarnya, isu tersebut telah memakan diri pihak pembangkang sendiri.

Isu tersebut telah menyebabkan pengundi bukan Melayu tersinggung dan tidak mahu mengundi PN dalam PRK Ayer Kuning.

Buktinya adalah peningkatan undi yang diperolehi oleh parti PSM yang melonjak kepada 1,105 undi berbanding hanya 586 undi yang diperolehi dalam PRU 2022.

Jika itu bukan isunya, maka apakah isu yang sebenar yang telah menyebabkan BN, khususnya UMNO kehilangan undi orang Melayu?

Sangat jelas, sehingga ke saat ini, isu UMDAP masih gagal ditangani dengan baik oleh UMNO/BN.

Pengundi Melayu sudah berdekad diindoktrinasi anti DAP oleh Dr Mahathir, masih ragu-ragu terhadap DAP.

Apabila PN memainkan isu ini dalam kempen pilihanraya, ianya ibarat mencurahkan minyak ke dalam api.

Keraguan yang selama ini hanya tertanam di hati telah menjadi marak semula.

Kerjasama Pemimpin UMNO dan DAP Di Perlukan

 

Malangnya, UMNO dan DAP dilihat masih mencari-cari formula yang berkesan untuk menanganinya.

Komitmen dari pemimpin kedua-dua parti tersebut perlu untuk meneutralkan perasaan fobia pengundi Melayu terhadap DAP.

Sekiranya ada isu 3R yang dimainkan oleh rakyat bukan Melayu, pemimpin UMNO dan DAP mesti dengan segera keluarkan kenyataan mengutuk perbuatan tersebut.

Terangkan kepada rakyat bahawa itu adalah perbuatan individu, tidak ada kaitan dengan DAP atau UMNO.

Manakala pemimpin UMNO pula jangan overkill dalam mengutuk perbuatan tersebut.

PN tahu mengenai perkara itu dan sebab itu mereka akan sentiasa gunakannya setiap kali berada di pentas politik.

Bukan mudah untuk menghapuskan keraguan masyarakat Melayu terhadap DAP, tetapi ianya tidak mustahil dan mesti dimulakan dari sekarang.

Sekiranya PAS berjaya membuat orang Melayu lupa bahawa mereka pernah bekerjasama dengan DAP, tidak ada sebab mengapa UMNO tidak boleh buatkan orang Melayu menerima kerjasama yang sama.

 

BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker