Hoe Yean raih emas berganda renang Terbuka Malaysia
Hoe Yean raih emas berganda renang Terbuka Malaysia

Kuala Lumpur: Perenang lelaki negara, Khiew Hoe Yean beraksi cemerlang apabila meraih pingat emas berganda pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-67 di Pusat Akuatik Kebangsaan di sini, hari ini.
Perenang berusia 22 tahun itu mengungguli acara 100 meter (m) gaya bebas dengan melakukan catatan masa 50.00 saat (s), kurang 0.46s untuk memecahkan rekod kebangsaan milik Welson Sim.
Pingat perak acara itu dimenangi perenang Pulau Pinang, Lim Yin Chuen sementara gangsa milik perenang Thailand, Surasit Thongdeang.
Pingat emas yang dimenangi itu kemudian disusuli kejayaan meraih emas acara 100m kuak lentang dengan catatan masa 56.41s.
Perenang Selangor, Daniel Williams meraih pingat perak sementara Wei Hii Puong dari Sarawak meraih gangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
“Ini bukan acara utama saya. Ini adalah acara pemanas badan saya sebelum acara kegemaran (200m dan 400m).
“Apa pun ia pengalaman baik untuk bersaing dengan perenang negara yang lain selepas sibuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Paris sebelum ini,” kata Hoe Yean ketika ditemui selepas perlumbaan.
Hoe Yean raih emas berganda renang Terbuka Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
You must be logged in to post a comment.