Pesta ‘bunga api’ Liverpool tertangguh
Pesta ‘bunga api’ Liverpool tertangguh

Leicester: Pesta Liverpool terpaksa ditangguhkan untuk beberapa hari lagi biarpun berjaya meraih tiga mata penuh dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Leicester City, malam tadi.
Dalam aksi itu, Liverpool menang tipis 1-0 dan kemenangan itu belum cukup untuk menobatkan The Reds kejuaraan liga apabila pesaing terdekat Arsenal turut berpeluang merebut trofi apabila menewaskan Ipswich Town 4-0.
Pemain gentian Liverpool, Trent Alexander-Arnold muncul wira pasukan apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-76 di Stadium King Power untuk terus kekal di puncak liga dengan kelebihan 13 mata mengatasi Arsenal di tangga kedua ketika hanya berbaki lima perlawanan.
“Kami hanya terus berjuang, secara mental kami sangat kuat. Mereka menikmati bermain bola sepak dan ia membantu apabila anda bermain untuk sesuatu yang istimewa.
“Hari ini (Alexander-Arnold) tahu apa yang paling penting jadi dia memberikan apa yang semua pemain terbaik ada,” kata pengendali Liverpool, Arne Slot.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
Tanpa mengira keputusan Arsenal di Palace, skuad kendalian Slot akan mengesahkan kejuaraan dengan menewaskan Tottenham di Anfield pada Ahad.
“Kami akan fokus kepada Tottenham dan menanti perlawanan di laman sendiri. Saya rasa stadium akan penuh. Ia perlawanan yang cukup indah,” katanya yang bakal menjadi pengendali dari Belanda pertama memenangi gelaran Liga Inggeris.
Liverpool mengumpul 79 mata manakala Arsenal 66 dengan lima perlawanan berbaki.
Ketika Liverpool semakin hampir untuk menyamai rekod 20 kejuaraan Liga Inggeris, kekalahan Leicester mengesahkan kepulangan mereka ke Liga Kejuaraan selepas hanya semusim.
Kelab Midlands itu kini sudah tersingkir daripada liga tertinggi Inggeris sebanyak 13 kali, tertinggi untuk mana-mana kelab.
Pesta ‘bunga api’ Liverpool tertangguh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
You must be logged in to post a comment.