Tular pergaduhan di SKVE: Polis sudah tahan lelaki disyaki terbabit
Tular pergaduhan di SKVE: Polis sudah tahan lelaki disyaki terbabit

PUTRAJAYA: Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang tular di media sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superitendan Shan Gopal Krishnan berkata suspek berumur 50-an itu ditahan susulan laporan mangsa semalam.
Shan Gopal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara gopoh atau melulu di jalan raya yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000.
Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000.
“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk tindakan lanjut sebaik sahaja siasatan selesai,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
Kejadian itu dilaporkan pada 17 Khamis lalu, kira-kira 10.25 pagi apabila seorang lelaki berusia 22 tahun yang memandu kenderaan jenis Toyota Estima mendakwa dihimpit oleh kenderaan jenis Perodua Alza ketika melalui SKVE dari arah Kajang ke Bangi.
Pergaduhan berlaku apabila mangsa memberhentikan keretanya dan suspek keluar daripada kenderaan dan menumbuk cermin belakang kereta mangsa sebelum menumbuk mukanya.
Kejadian dirakam kamera papan pemuka kereta milik pengadu dan klip video berdurasi 1 minit 15 saat itu tular di media sosial.
– BERNAMA
Tular pergaduhan di SKVE: Polis sudah tahan lelaki disyaki terbabit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.