Slot nafi Nunez bertelagah dengan staf kejurulatihan
Slot nafi Nunez bertelagah dengan staf kejurulatihan

London: Arne Slot menafikan bahawa Darwin Nunez digugurkan ketika Liverpool mencatatkan kemenangan ke atas West Ham kerana berlaku pertelingkahan dengan seorang kakitangan kejurulatihan.
Pengurus Liverpool itu berkata, bahawa Nunez tidak terbabit ketika mereka menang 2-1 di Anfield kerana tidak sihat semasa sesi latihan pada hari sebelumnya, walaupun penyerang Uruguay itu dilihat duduk di belakang bangku pemain simpanan sepanjang perlawanan.
Spekulasi berleluasa mengatakan bahawa pemain antarabangsa Uruguay itu yang pernah dikritik oleh Slot atas kurangnya usaha ketika menentang Wolves dan Aston Villa pada Februari digugurkan atas alasan disiplin.
Ketika diminta untuk menjelaskan situasi itu Slot berkata: “Dia tidak rasa sihat sehari sebelum perlawanan, dan dia masuk ke dalam (bilik rawatan) serta tidak dapat menyertai pasukan pada keesokan harinya.”
“Tidak rasa sihat dan merasa dirinya tidak cergas seperti biasa,” jawab Slot.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
Slot mengesahkan bahawa pemain yang dibeli dengan rekod kelab bernilai £85 juta (RM498.28 juta) itu akan kembali disenaraikan untuk perlawanan menentang Leicester esok.
Liverpool akan menjuarai Liga Perdana Inggeris jika (EPL) jika mereka menewaskan pasukan kendalian Ruud van Nistelrooy yang sedang bergelut dan Arsenal pula tewas kepada Ipswich.
Slot turut ditanya secara terus sama ada benar Nunez dalam pertengkaran dengan anggota staf kejurulatihan semasa sesi latihan pada hari Sabtu; “Tidak, dia tidak terbabit,” kata Slot.
“Dia meninggalkan padang kerana dia tidak sihat Dia tidak bertengkar dengan mana-mana staf.”
Slot turut berkata, bahawa musim baharu Liverpool sudah pun bermula, dengan kejayaan mengekalkan khidmat Virgil van Dijk dan Mohamed Salah untuk tempoh dua tahun akan datang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
Van Dijk sebelum ini menyatakan bahawa “musim panas yang besar” menanti Liverpool sebelum dia mengikuti jejak Salah menandatangani kontrak baharu selama dua tahun.
Slot percaya bahawa mengekalkan dua pemain bertaraf dunia itu dalam perjanjian yang mungkin menelan kos sekitar £90 juta (RM527.55 juta) adalah sebahagian penting daripada strategi kelab.
Namun begitu, beliau sekali lagi enggan mengulas mengenai masa depan Trent Alexander-Arnold, satu-satunya daripada pemain berstatus ejen bebas yang masih belum menyambung kontrak, dan kini menerima tawaran daripada Real Madrid.
Slot nafi Nunez bertelagah dengan staf kejurulatihan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.