Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy

Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Agak menarik bila mantan Menteri Undang Undang yang juga mantan Duta Besar Malaysia ke Amerika, Nazri Aziz, yang mahu tindakan tegas diambil ke atas Tengku Maimun.
Tetapi percayalah, tidak akan ada apa-apa tindakan yang akan diambil.
Ia berikutan ucapan Tengku Maimun pada Persidangan Undang Undang Komonwel ke 24 di Malta.
“Saya melihat kenyataan yang dikeluarkan beliau sangat tidak profesional sebagai seorang Ketua Hakim Negara dan juga penjawat awam.”
“Lebih-lebih kenyataan itu dilakukan di luar negara dan mendapat perhatian oleh masyarakat dunia.”
“Ini menunjukkan seolah-olah kita ini sebagai sebuah negara koboi yang tidak menjalankan tugas mengikut undang-undang,” tegas Nazri.
Dalam ucapan Tengku Maimun di Malta, beliau menyebut syor kajian kuasa Perdana Menteri diasingkan dalam pelantikan hakim.
Secara dasarnya, penulis bersetuju dengan apa yang dibangkitkan Tengku Maimun itu.
Tetapi rasanya beliau sendiri lupa, pelantikan beliau sebagai Ketua Hakim Nagara bukan atas dasar merit.
Elok rasanya Tengku Maimun ingat kembali, siapa dan kuasa apa yang melantik beliau sebagai Ketua Hakim Negara?
Mantan Peguam Negara Mengesahkan Ada Campurtangan Pelantikan Tengku Maimun Sebagai Ketua Hakim Negara
Ianya didedahkan sendiri oleh Tommy Thomas yang menjadi Peguam Negara ketika itu.
Dalam bukunya yang bertajuk Justice In Wilderness, Tommy Thomas secara terang lagi bersuloh mendedahkan campurtangan pihak eksekutif dalam pelantikan Ketua Hakim Negara.
Apakah Tengku Maimun lupa mengenai perkara ini?
Tanpa campurtangan pihak eksekutif, apakah Tengku Maimun rasa beliau berpeluang memegang jawatan Ketua Hakim Negara?
Dan kuasa yang ada pada pihak eksekutif dalam mencaturkan penyandang jawatan penting institusi di Malaysia, bukanlah perkara yang pelik.
Tommy Thomas juga dilantik dengan campurtangan pihak eksekutif atau dalam artikata lain ianya adalah lantikan politik.
Malah ianya tidak hanya terhad di situ, campurtangan pihak eksekutif juga sudah merebak ke pasukan PDRM.
Masih ingat lagi pendedahan mantan Ketua Polis Negara, Hamid Bador, mengenai budak kita?
Pada pandangan penulis, ada persamaan yang sangat menarik antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid dan Uncle Tommy.
Kesemua mereka hanya berani membuat pendedahan sama ada ketika di hujung karier mereka atau pun selepas bersara.
Tetapi ketika sedang memegang jawatan, jangan mimpi mereka akan berani membuat pendedahan.
Mungkin kerana kesemua mereka dilantik oleh bos kita!!!
Beginilah nasib bumi bertuah ini.
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Di Syorkan Untuk Anda:
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
You must be logged in to post a comment.