PSG cemas sebelum mara separuh akhir UCL
PSG cemas sebelum mara separuh akhir UCL

Birmingham: Paris Saint-Germain (PSG) terselamat daripada tekanan hebat pada separuh masa kedua untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) menerusi agregat 5-4 walaupun tewas 2-3 kepada Aston Villa, awal pagi tadi.
Juara Perancis itu dilihat berada pada kedudukan selesa mara ke kelompok empat terbaik apabila dua pemain bek, Achraf Hakimi dan Nuno Mendes menjaringkan gol dalam tempoh 27 minit pertama, menambah kelebihan dari kemenangan 3-1 semasa perlawanan pertama.
Youri Tielemans merapatkan jurang untuk pasukan tuan rumah sebelum tamat separuh masa pertama, dan dua gol dalam tempoh dua minit oleh John McGinn serta Ezri Konsa mengubah sepenuhnya rentak perlawanan pada awal babak kedua.
PSG harus berterima kasih kepada penjaga gol, Gianluigi Donnarumma yang cemerlang menafikan percubaan anak buah Unai Emery dan mengelakkan satu lagi kekalahan memalukan dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.
“Di penghujungnya, kami buat mereka menderita. Mencapai tahap ini adalah satu langkah ke hadapan yang saya mahu bina bersama Aston Villa.” kata pengurus Villa, Unai Emery.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
Emery pernah mengendalikan PSG ketika pasukan itu mengalami kekalahan dramatik 1-6 kepada Barcelona kendalian Luis Enrique pada 2017, selepas menang 4-0 pada perlawanan pertama.
Kali ini, Luis Enrique sekali lagi muncul sebagai pemenang ke atas rakan senegaranya, namun hampir menyaksikan pasukannya kehilangan kelebihan yang tampak mustahil untuk dikejar.
“Secara keseluruhan dalam dua perlawanan, kami layak untuk menang dan kami sangat gembira kerana ini tahun kedua berturut-turut kami berada di separuh akhir,” kata Enrique.
Villa tidak pernah merasai malam Eropah sehebat kali ini sejak 1983, dan satu insiden memalukan berlaku sebelum sepak mula apabila lagu tema Liga Europa dimainkan – bukan lagu rasmi Liga Juara-Juara.
PSG cemas sebelum mara separuh akhir UCL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.