Napoli terus hambat Inter

Napoli terus hambat Inter

Napoli terus hambat Inter
LUKAKU meraikan jaringan kedua bersama McTominay. FOTO Reuters

Naples, Itali: Napoli menang bergaya 3-0 ke atas Empoli yang bergelut di zon penyingkiran dengan Scott McTominay dan Romelu Lukaku menjadi nadi kemenangan ketika pasukan tuan rumah terus mengejar pendahulu Serie A, Inter Milan.

Napoli yang berada di tempat kedua tertekan selepas kemenangan 3-1 Inter ke atas Cagliari pada Sabtu, namun dengan enam perlawanan lagi, mereka kini hanya ketinggalan tiga mata di belakang pasukan dari Milan itu dengan 68 mata.

Gandingan McTominay dan Lukaku sukar dikekang di Stadio Diego Armando Maradona menentang Empoli, yang kini di tangga kedua tercorot dan dua mata di bawah zon selamat.

Napoli mencipta peluang demi peluang dan mengucar-kacirkan benteng pertahanan pelawat.

“Romelu rakan sepasukan yang hebat. Dia sentiasa mendesak kami semua, termasuk saya, untuk jaringkan lebih banyak gol dan cipta lebih banyak peluang untuk dia juga,” kata McTominay kepada DAZN.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Dia jelas sekali pemain luar biasa. Dia sudah ada kerjaya yang hebat, dan kami sangat gembira memilikinya dalam pasukan.”

Ketika musim semakin menghampiri penamat yang mendebarkan, McTominay menegaskan fokus pasukannya perlu kekal pada prestasi sendiri, walaupun Inter berada di hadapan.

“Kita perlu berseronok dan fokus pada diri sendiri. Kami sebuah pasukan yang kuat dan mesti teruskan gaya permainan dan sikap ini. Fokus pada diri sendiri dahulu, kemudian barulah lihat apa yang Inter lakukan.”

Napoli dilihat mempunyai laluan yang lebih mudah untuk enam perlawanan terakhir kerana semua lawan mereka berada di kedudukan ke-10 atau lebih rendah dalam carta liga. Mereka akan bertandang ke kelab tercorot Monza pada Sabtu.

Napoli terus hambat Inter

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker