Liverpool lebih kuat musim depan
Liverpool lebih kuat musim depan

Liverpool: Virgil van Dijk menjangkakan Liverpool akan berbelanja besar pada musim panas ketika dia dilapor semakin hampir menandatangani kontrak baharu yang akan mengesahkan masa depannya di Anfield.
Skuad bimbingan Arne Slot kini berada di ambang kejuaraan liga Inggeris ke-20 selepas kemenangan 2-1 ke atas West Ham, kelmarin menyaksikan Van Dijk menjaringkan gol kemenangan.
Liverpool kini 13 mata di hadapan Arsenal yang menduduki tempat kedua ketika berbaki enam perlawanan dan berpeluang menamatkan saingan liga hujung minggu ini jika keputusan memihak mereka.
Masa depan Van Dijk sendiri dijangka diumumkan minggu ini, dengan perjanjian baharu selama dua tahun menyamai kontrak terkini Mohamed Salah.
Penyerang Federico Chiesa satu-satunya pemain bukan penjaga gol yang dibawa masuk dalam jendela perpindahan musim panas lalu, namun jarang diturunkan, dan pengurus Arne Slot pasti mahu memperkukuh skuadnya kali ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
“Saya rasa Liverpool harus mampu mencabar kejuaraan untuk beberapa tahun akan datang,” kata Van Dijk, yang mengetuai pasukan untuk kali ke-100 dalam aksi liga menentang West Ham.
“Apa pun yang berlaku dari segi pemain keluar dan masuk, saya rasa ia akan jadi musim panas yang besar. Saya rasa mereka mahu jadikannya musim panas yang besar, jadi kita semua kena percaya kepada pihak pengurusan untuk melakukan yang terbaik.
“Saya rasa kami 100 peratus masih boleh meningkat. Dan kita tak boleh lupa kualiti yang ada dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), terutama sekali musim ini. Ia luar biasa bagaimana setiap pasukan boleh tewaskan sesiapa sahaja.”
Pemain antarabangsa Belanda berusia 33 tahun itu berkata, Liverpool juga akan mendapat manfaat daripada pramusim penuh tahun ini, memandangkan tiada kejohanan antarabangsa utama berlangsung.
“Tahun ini ada kem latihan dan ada masa untuk pasukan bekerja mengikut kehendak pengurus, dan saya rasa itu akan meningkatkan prestasi pasukan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
“Saya rasa pramusim yang sebenar akan sangat membantu kelab untuk jadi lebih konsisten daripada apa yang kami capai setakat ini.”
Van Dijk dijangka menjadi kapten Liverpool kedua yang berjaya menjulang trofi EPL dan dia mahu menambah koleksi kejuaraan.
Liverpool lebih kuat musim depan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.