Atletico bangkit atasi Valladolid
Atletico bangkit atasi Valladolid

Madrid: Julian Alvarez menjaringkan dua penalti bagi membantu Atletico Madrid bangkit menewaskan pasukan tercorot Real Valladolid 4-2 di Metropolitano sekali gus terus kekal dalam perebutan kejuaraan La Liga.
Atletico yang berada di tempat ketiga kini mengumpul 63 mata, tiga mata di belakang Real Madrid dan tujuh mata ketinggalan di belakang Barcelona.
Valladolid pula mengalami kekalahan kelima berturut-turut dan kekal dengan 16 mata, 14 mata di bawah zon selamat dengan baki tujuh perlawanan.
“Ini tiga mata yang penting,” kata penyerang Atletico, Alvarez kepada DAZN. “Kami perlu teruskan. Fikirkan tentang perlawanan (Sabtu ini menentang) Las Palmas, berehat dan fokus. Itu sahaja.
“Saya ada beberapa peluang lain untuk hatrik tapi yang penting kami berjaya menang. Pada satu ketika ia jadi rumit, tapi kami berjaya atasi.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
Valladolid mengejutkan tuan rumah dengan mendahului selepas 21 minit apabila Mamadou Sylla tenang menyempurnakan penalti selepas semakan VAR mendapati bola terkena tangan Clement Lenglet.
Namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Alvarez menyamakan kedudukan menerusi penalti empat minit kemudian selepas VAR sekali lagi campur tangan berikutan kekasaran oleh Javi Sanchez terhadap Giuliano Simeone.
Simeone kemudiannya menjaringkan gol kedua Atletico pada minit ke-27. Namun pelawat kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-56 apabila sepakan percuma Sanchez terkena Conor Gallagher di benteng sebelum melepasi penjaga gol Jan Oblak.
Atletico kembali di depan pada minit ke-71 menerusi satu lagi sepakan penalti Alvarez selepas Henrique menjatuhkan Marcos Llorente.
Penyerang Argentina itu hampir melengkapkan hatrik lapan minit kemudian namun percubaannya diselamatkan penjaga gol Andre Ferreira.
Bagaimanapun, pemain gantian Alexander Sorloth pantas menyambar bola muntah untuk memastikan kemenangan dengan penyudah jarak dekat.
“Kami bersaing dengan baik. Kami tahu kami akan menderita. Sayangnya mereka bangkit semula,” kata pemain Valldolid, Sanchez.
“Kami perlu teruskan dan kekalkan semangat ini. Tinggalkan lambang kelab di tempat yang sepatutnya. Kami perlu hadapi satu perlawanan pada satu masa. Berjuang hingga ke akhir…”
Atletico bangkit atasi Valladolid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
- Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.