Rangers bertahan 10 pemain, sekat Bilbao di Ibrox
Rangers bertahan 10 pemain, sekat Bilbao di Ibrox

Glasgow: Rangers mempamerkan aksi penuh semangat dan disiplin apabila berjaya mengikat Athletic Bilbao 0-0 dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa di Ibrox awal pagi tadi, meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-13.
Pertahanan tuan rumah, Robin Propper dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Inaki Williams yang hampir mencipta peluang gol, namun Bilbao gagal memanfaatkan kelebihan itu apabila beberapa percubaan mereka dinafikan penjaga gol cemerlang, Liam Kelly.
Pasukan pelawat – yang muncul dalam pusingan 16 terakhir kejohanan Eropah buat kali pertama sejak musim 2015-16 – hampir membuka jaringan menerusi Nico Williams dan Oihan Sancet, tetapi Kelly tangkas menafikan cubaan berkenaan.
Biarpun beraksi dengan kekurangan seorang pemain, Rangers turut memberi ancaman apabila penyerang Cyriel Dessers hampir menjaringkan gol menerusi rembatan jarak jauh yang tersasar sedikit.
Perlawanan terhenti selama tujuh minit pada babak kedua selepas pemain muda, Bailey Rice, 18, mengalami kecederaan kepala dan terpaksa dibawa keluar menggunakan pengusung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
Bilbao menyangka mereka sudah memecah kebuntuan pada minit ke-76 selepas Alex Berenguer menjaringkan gol, namun jaringan itu dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati dia berada dalam kedudukan ofsaid.
Namun Bilbao tetap diberikan sepakan penalti apabila bola didapati terkena tangan kapten Rangers, James Tavernier, sebelum jaringan berkenaan.
“Kad merah itu jelas buat saya, tetapi penalti itu saya kurang pasti – nampak agak pelik. Namun kami kurang ketajaman pada saat penting dan gagal menyempurnakan sepakan penalti itu,” kata pengendali Bilbao, Ernesto Valverde.
“Keputusan seri ini bukan yang kami mahukan, apatah lagi mereka bermain dengan 10 orang dan kami ada banyak peluang.”
Kelly terus menjadi watak utama buat Rangers apabila menyelamatkan penalti Berenguer, sekali gus memastikan Bilbao gagal menjaringkan gol buat kali pertama dalam 19 perlawanan Eropah terakhir mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
“Itu adalah persembahan sebenar Rangers,” kata jurulatih Barry Ferguson kepada TNT Sports.
“Itulah reaksi yang saya harapkan daripada pemain selepas apa yang kami bincangkan Isnin lalu – penuh semangat, keberanian dan daya juang.”
Aksi timbal balik akan berlangsung Jumaat depan di Stadium San Mames, Bilbao, dengan pemenang bakal menentang Lyon atau Manchester United – yang seri 2-2 dalam perlawanan pertama – bagi merebut tempat ke final yang juga akan diadakan di Bilbao.
Rangers bertahan 10 pemain, sekat Bilbao di Ibrox
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.