Aksi memukau bawa Soon Huat-Shevon ke suku akhir BAC
Aksi memukau bawa Soon Huat-Shevon ke suku akhir BAC

Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai berjaya mempamerkan aksi memukau untuk menempah tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, hari ini.
Mereka hanya memerlukan 39 minit untuk melunaskan dendam kekalahan kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran, ketika di Terbuka Switzerland bulan lalu, apabila menang 21-17, 21-14 di Pusat Sukan Olimpik Ningbo.
Kejayaan itu nyata menggembirakan Shevon yang meluahkan rasa syukur dan menyifatkan kunci kemenangan mereka adalah keupayaan menyesuaikan diri lebih cepat.
“Kemenangan hari ini sebenarnya didorong oleh keadaan di mana kami dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat. Situasi itu sangat membantu kami untuk tampil dengan corak permainan yang konsisten.
“Sekarang, kami akan fokus kepada perlawanan seterusnya dan melakukan persiapan terbaik,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Soon Huat–Shevon dijadualkan bertemu pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah–Felisha Pasaribu, bagi merebut tiket ke separuh akhir esok.
Sementara itu, perjuangan pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, terhenti di pusingan kedua selepas tewas kepada pemain nombor empat dunia dari Indonesia, Jonatan Christie.
Justin tewas 13-21, 19-21 dalam masa 45 minit, namun aksinya tetap mendapat pujian kerana ini adalah kali pertama beliau beraksi menentang pemain dalam kelompok lapan terbaik dunia.
Turut tersingkir ialah perseorangan wanita profesional, Goh Jin Wei, yang terpaksa akur dengan kekalahan 15-21, 16-21 kepada Supanida Katethong dari Thailand.
Aksi memukau bawa Soon Huat-Shevon ke suku akhir BAC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.