Liverpool kecundang, Southampton tersingkir

Liverpool kecundang, Southampton tersingkir

Liverpool kecundang, Southampton tersingkir
AKSI Luis Diaz menjaringkan gol kedua Liverpool. FOTO Reuters

London: Liverpool tewas kali kedua dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas Fulham meledak tiga gol dalam tempoh empat 14 minit pada babak pertama untuk mencerahkan peluang mereka ke aksi Eropah menerusi kemenangan 3-2 sebentar tadi.

Walaupun tewas kali pertama dalam 27 perlawanan, Liverpool masih selesa dengan berkelebihan 11 mata di puncak ketika berbaki tujuh lagi perlawanan.

Alexis Mac Allister terlebih dahulu meletakkan The Reds di depan tetapi mereka kemudiannya dibolosi tiga gol menerusi Ryan Sessegnon yang melepaskan satu voli menarik untuk gol penyamaan sebelum Alex Iwobi dan Rodrigo Muniz memberikan Fulham kelebihan dua gol.

Pemain gantian Luis Diaz merapatkan jurang buat Liverpool selepas mendapat hantaran Conor Bradley ketika permainan berbaki 20 minit tetapi Fulham berjaya bertahan dengan baik untuk meraih tiga mata.

naik ke tangga kelapan dengan 48 mata, tiga mata di belakang Manchester City di tempat kelima, yang dijangka cukup untuk menjamin tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta


Chelsea pula seri 0-0 dengan Brentford sekali gus tamparan hebat kepada Blues yang memburu penamat empat teratas bagi memastikan mereka layak ke saingan elit Eropah.

Perlawanan lain menyaksikan Southampton tersingkir daripada EPL selepas tewas 1-3 di Tottenham sekali gus menamatkan tempoh singkat mereka dalam saingan liga utama itu.

Brennan Johnson meledak dua kali pada babak pertama manakala jaringan lewat Mateus Fernandes gagal menyelamatkan Southampton yang berada di tempat tercorot kembali ke Liga Kejuaraan, musim depan.

Southampton pasukan pertama EPL tersingkir ketika berbaki tujuh lagi perlawanan.

Liverpool kecundang, Southampton tersingkir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker