Lelaki bersahaja usap kepala ular tedung
Lelaki bersahaja usap kepala ular tedung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki bersahaja usap kepala ular tedung
NEW DELHI – Seorang lelaki dengan tenang duduk ‘bertinggung’ di hadapan seekor ular tedung gergasi dan melayan haiwan berbisa itu seperti rakannya, lapor saluran berita NDTV semalam.
Rakaman video kejadian dimuat naik ke platform Instagram baru-baru ini, memaparkan lelaki memakai kemeja-T kuning dan seluar jean biru itu berhadapan seekor ular tedung yang mulutnya terbuka luas.
Reptilia itu ‘mendongak’ dan sedia menyerang, namun dia seterusnya menyentuh kepala ular tersebut dengan lembut.
Lelaki itu kemudian beredar dari lokasi kejadian.
Seorang netizen berkata: “Sekiranya anda menunjukkan sikap tenang di hadapan ular tedung, ular berbisa itu juga akan bertenang! Ular hanya menyerang untuk mempertahankan diri atau apabila berasa terancam.”
“Lelaki itu terlalu tenang untuk menjadi rakan kepada ular tedung. Aura positifnya di tahap lain,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.