Penumpang bot ekspres hilang selepas jatuh sungai di Tanjung Manis

Penumpang bot ekspres hilang selepas jatuh sungai di Tanjung Manis

Penumpang bot ekspres hilang selepas jatuh sungai di Tanjung Manis

SIBU: Seorang penumpang bot ekspres hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika insiden yang berlaku di muara Sungai Paloh, Tanjung Manis, kira-kira 104 kilometer dari sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot ekspres berkenaan kira-kira 1.20 tengah hari.

“Sebaik sahaja menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.44 petang, pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis telah digerakkan ke lokasi yang jaraknya 25 kilometer,” katanya dalam kenyataan lewat petang hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa akan dilakukan esok berikutan keadaan gelap. – BERNAMA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker