Lelaki maut 4WD rempuh Perodua Myvi keluar simpang

Lelaki maut 4WD rempuh Perodua Myvi keluar simpang

Lelaki maut 4WD rempuh Perodua Myvi keluar simpang
Foto hiasan.

PORT DICKSON: Seorang lelaki maut selepas pacuan empat roda dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Bandar Springhill, di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika Toyota Hilux dipandu mangsa, 37, dari arah Lukut menghala Springhill gagal mengelak sebelum merempuh sebuah Perodua Myvi yang baru keluar dari simpang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata akibat pelanggaran itu, Toyota Hilux itu terbalik menyebabkan pemandunya cedera parah di kepala dan maut di lokasi kejadian.

“Penumpang Toyota Hilux terbabit yang cedera ringan pula mendapat rawatan di Hospital Port Dickson, manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.

Lelaki maut 4WD rempuh Perodua Myvi keluar simpang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker