Kes warga emas dirempuh ketika berteduh bawah jejambat dirujuk Timbalan Pendakwa Raya
Kes warga emas dirempuh ketika berteduh bawah jejambat dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR: Kes warga emas parah dirempuh sebuah kereta ketika berteduh di bawah jejambat di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, selepas Tol Sungai Besi di sini, pada Ahad lalu, akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata siasatan kes berkenaan masih diteruskan.
“Buat masa ini, pemandu diberi jamin polis bagi menunggu siasatan dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, lelaki warga emas yang berteduh daripada hujan di lorong kecemasan di bawah jejambat parah dirempuh sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, selepas Tol Sungai Besi, di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Katanya, siasatan awal mendapati penunggang terbabit berhenti di lorong kecemasan bawah jejambat untuk berteduh sebelum dirempuh daripada belakang oleh sebuah kereta.
Pemandu kenderaan berusia 40 tahun juga sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
You must be logged in to post a comment.