Maguire dalam radar skuad England-Tuchel

Maguire dalam radar skuad England-Tuchel

Maguire dalam radar skuad England-Tuchel
Pertahanan Manchester United Harry Maguire. – Foto Reuters

London: Thomas Tuchel menegaskan bahawa Harry Maguire akan sentiasa berada dalam pertimbangan untuk England meskipun dia tidak dipilih untuk dua perlawanan pertama di bawah kendaliannya.

Pemain berusia 32 tahun itu adalah anggota penting dalam pasukan Gareth Southgate, bermain dalam tiga kejohanan utama sebelum terlepas Euro tahun lalu akibat kecederaan.

“Saya bercakap dengan semua yang tidak disenaraikan dan berada dalam senarai panjang.

“Kami memilih Marc Guehi dan Ezri Konsa. Pada masa ini saya rasa mereka sedikit lebih berada dalam rentak yang baik dan layak bersama kami, jadi dua pemain kaki kanan di pertahanan tengah dan selebihnya kaki kiri,” kata pengurus England itu ketika ditanya mengenai pemain yang memiliki 64 cap itu.

Apabila ditanya sama ada dia menganggap Maguire cergas, Tuchel berkata bahawa pemain itu tidak berada pada tahap terbaik.

“Dianggap bahawa dia boleh bermain namun saya tidak mahu mengambil risiko dengan memilih pemain yang perlu kami jaga dalam latihan pertama, latihan kedua dan sentiasa perlu dinilai sama ada dia boleh menjalani sesi latihan penuh, separuh sesi latihan,” katanya.

Maguire dalam radar skuad England-Tuchel

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker