36 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan
36 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan

JOHOR BAHRU: Seramai 36 individu termasuk seorang remaja berusia 14 tahun ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dilakukan serentak seluruh Johor dari 10 Mac hingga semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor itu dilakukan dua minggu berturut-turut.
Katanya, hasil operasi, pihak polis menahan seramai 28 individu warga tempatan berusia antara 14 hingga 36 tahun dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Dalam operasi itu pihaknya turut menyita 291 buah motosikal mengikut Seksyen 64(1) akta yang sama.
“Selain itu, sebanyak 2,768 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan ketiadaan lesen memandu adalah paling tertinggi iaitu sebanyak 1,516 kes.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Ia diikuti nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan (643) dan kesalahan ekzos tidak mengikut spesifikasi (317),” katanya dalam kenyataan.
Kumar berkata, operasi ini akan diteruskan bagi memberi kesedaran serta mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya.
36 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.