“Tak Sabar Nak Merenjis Di Majlis Perkahwinan Amira Othman”-Siti Nurhaliza [VIDEO]

“Tak Sabar Nak Merenjis Di Majlis Perkahwinan Amira Othman”-Siti Nurhaliza [VIDEO]

“Tak Sabar Nak Merenjis Di Majlis Perkahwinan Amira Othman”-Siti Nurhaliza [VIDEO]

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Sempat Amira Kawtim Dengan Tokti Minta Menyanyi Di Majlisnya Nanti”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @missviraltv yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 524 ribu, tanda suka sebanyak 31 ribu dan sebanyak 629 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang memasuk dan meninggalkan komen di live Amira Othman dan Fattah Amin itu. Amira juga sempat menanyakan kepada Tokti adakah beliau mahu menyanyi di majlis perkahwinannya nanti.

Watch on TikTok

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Amira Othman kelihatan tidak tentu arah dan malu kucing apabila Tokti memasuki livenya itu.

 

“Tak Sabar Nak Merenjis Di Majlis Perkahwinan Amira Othman”-Siti Nurhaliza [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker