Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal [VIDEO]

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki memukul penunggang motosikal lain di di persimpangan Jalan Tampoi dan Jalan Persiaran Tanjung, Johor Bahru. – Foto media sosial

JOHOR BAHRU : Polis sudah memulakan siasatan berhubung satu insiden perselisihan faham membabitkan dua penunggang motosikal dekat persimpangan lampu isyarat, yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya mengesan video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu dan mengesahkan telah menerima laporan polis dibuat mangsa.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 29 tahun membuat laporan polis jam 4.29 petang tadi mendakwa kejadian berlaku jam 4.40 petang semalam di persimpangan Jalan Tampoi dan Jalan Persiaran Tanjung di sini.

“Mangsa warga tempatan sedang menunggang motosikal berhenti di persimpangan lampu isyarat itu sebelum berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki tidak dikenali yang turut menunggang motosikal dan berhenti di persimpangan itu.

“Mangsa dipukul beberapa kali di bahagian kepala oleh lelaki berkenaan sebelum suspek beredar dari lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Pada masa sama, beliau menasihati orang ramai supaya tidak melanggar undang-undang.

“Bertindak rasional dan serahkan kepada pihak berkuasa. Hindari keganasan, patuhi undang-undang,” tegasnya.

Terdahulu, tular video berdurasi 23 saat itu memaparkan dua penunggang motosikal berhenti di lampu isyarat dengan seorang daripadanya dilihat sedang memarahi mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP


Bukan sekadar marah menggunakan mulut, penunggang motosikal itu memukul kepala mangsa sebanyak enam kali sebelum beredar ketika lampu isyarat bertukar hijau.

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker