PGA rampas 500 balak bernilai RM1.5 juta di Gua Musang dan Kuala Krai

PGA rampas 500 balak bernilai RM1.5 juta di Gua Musang dan Kuala Krai

PGA rampas 500 balak bernilai RM1.5 juta di Gua Musang dan Kuala Krai
Hasil serbuan Ops Bersepadu Khazanah oleh Batalion 8 PGA itu turut menahan empat lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga kilang dan penghantar kayu balak. – Foto ihsan PGA

GUA MUSANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lebih 500 balak dan peralatan serta jentera memproses kayu bernilai RM1.5 juta menerusi serbuan di Gua Musang dan Kuala Krai, kelmarin.

Hasil serbuan Ops Bersepadu Khazanah oleh Batalion 8 PGA itu turut menahan empat lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga kilang dan penghantar kayu balak.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata serbuan pertama dilakukan di Palong, Gua Musang jam 4 petang.

Sebaik pihaknya tiba di lokasi, beliau berkata, mereka mendapati tiga lelaki sedang mengumpul hasil hutan yang sudah diproses.

PGA rampas 500 balak bernilai RM1.5 juta di Gua Musang dan Kuala Krai
Hasil serbuan Ops Bersepadu Khazanah oleh Batalion 8 PGA itu turut menahan empat lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga kilang dan penghantar kayu balak. – Foto ihsan PGA

“Suspek berusia 28 hingga 52 tahun dipercayai menjadi penghantar hasil hutan untuk dijual ke pasaran tempatan.

“Anggaran nilai rampasan bernilai RM1 juta termasuk mesin jentera memproses kayu dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, rampasan kedua pada jam 10 malam di sebuah kilang kayu di Kampung Lela Jasa yang mendapati premis terbabit beroperasi tanpa lesen daripada Jabatan Perhutanan.

Susulan itu katanya, polis merampas semua mesin dan jentera memproses kayu seperti mesin Bound Saw, mesin ketam kayu Tokiwa dan lain-lain lagi.

“Suspek lelaki 52 tahun dipercayai penjaga kilang ditahan bagi membantu siasatan. Anggaran rampasan bernilai RM500,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 (2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP


“PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan memproses kayu secara haram dari terus berleluasa di sempadan negara,” katanya.

PGA rampas 500 balak bernilai RM1.5 juta di Gua Musang dan Kuala Krai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker