Dua nelayan terkandas di Pulau Pisang diselamatkan

Dua nelayan terkandas di Pulau Pisang diselamatkan

Dua nelayan terkandas di Pulau Pisang diselamatkan
Maritim Malaysia menyelamatkan dua nelayan yang terkandas akibat kerosakan bot di 0.2 batu nautika dari Pulau Pisang di Pontian hari ini. – Foto ihsan MARITIM

PONTIAN: Dua nelayan berdepan dengan detik cemas apabila terkandas hampir tiga jam selepas bot mengalami kerosakan di kedudukan kira-kira 0.2 batu nautika dari Pulau Pisang di Pontian di sini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kapten Maritim Kama Azri Kamil berkata, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM) Johor menerusi suatu operasi pada pagi tadi.

Beliau berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima panggilan kecemasan pada jam 7.30 pagi berkaitan sebuah bot nelayan yang mengalami kerosakan dan gagal dihubungi selepas keluar ke laut.

Menurutnya, bertindak atas maklumat terbabit, MARITIM segera mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat dan menggerakkan aset Kapal Maritim (KM) SATRIA bagi pencarian mangsa pada jam 7.45 pagi.

“Mangsa, Anizam Azin, 54, dan Muhamad Shahruddin Abdullah, 28, yang kedua-duanya warga tempatan, ditemukan dalam keadaan selamat sebelum dibawa pulang ke Jeti Ayer Baloi, Pontian.

“Operasi berkenaan turut dibantu Pasukan Polis Marin (PPM) Johor,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Kama Azri berkata, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam operasi terbabit dan memberi peringatan kepada nelayan agar sentiasa mengambil langkah keselamatan sebelum ke laut.

Beliau berkata, kepentingan memastikan bot dan peralatan berada dalam keadaan baik serta membawa bersama jaket keselamatan dan alat komunikasi yang berfungsi.

“Nelayan dinasihatkan agar memaklumkan lokasi pelayaran mereka kepada pihak berkuasa atau komuniti Maritim serta sentiasa peka terhadap keadaan cuaca bagi mengelakkan insiden tidak diingini daripada berlaku.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP


“Kumpulan nelayan perlu memastikan bot dan peralatan berada dalam keadaan baik serta membawa bersama jaket keselamatan dan alat komunikasi yang berfungsi.

“Nelayan dinasihatkan agar memaklumkan lokasi pelayaran mereka kepada pihak berkuasa atau komuniti Maritim serta sentiasa peka terhadap keadaan cuaca bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

“Saya menyeru orang ramai melaporkan sebarang kecemasan atau kejadian mencurigakan di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau MRSC Johor Bahru di talian 07-2219231 untuk tindakan segera,” katanya.

Dua nelayan terkandas di Pulau Pisang diselamatkan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker