Syikin Tampil Bersuara Lepas Timbul Dakwaan Emma Maembong Duduk Sebumbung Dengan Teman Lelaki
Syikin Tampil Bersuara Lepas Timbul Dakwaan Emma Maembong Duduk Sebumbung Dengan Teman Lelaki
Pelakon, Emma Maembong sekali lagi menjadi bualan selepas timbul dakwaan bahawa dia kini tinggal bersama kekasihnya. Namun, kakaknya, Syikin Maembong, tampil menafikan tuduhan itu dan menegaskan bahawa ia tidak benar sama sekali.
Menerusi xtra, Syikin berkata yang Emma sentiasa bersama anak-anaknya, jadi tidak timbul isu dia bersekedudukan dengan sesiapa.
Itu tidak betul sama sekali. Memang tak benar. Emma selalu dengan anak-anak dia. Dia kalau nak bersama dengan Emma ni kena jumpa Ayah dulu.
Dakwaan Emma Maembong tinggal bersama kekasih tak benar

Bukan tu jer, Syikin turut menjelaskan bahawa percutian Emma ke luar negara yang menjadi perhatian netizen bukan hanya berdua, tetapi bersama rakan-rakan lain.
Suaminya, Cat Farish, juga bersetuju dan dengan apa yang dikatakan Syikin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Sebenarnya benda macam ni kita tahu, kalau bercuti mesti tak berseorangan. Kalau kata naik motor, kalau boleh angkut empat orang, mesti dah naik kan.
Keluarga tak pernah halalkan yang haram

Mengenai tuduhan kononnya keluarga mereka terlalu terbuka dan menghalalkan perkara yang salah, Syikin menafikan sekeras-kerasnya.
Beliau menegaskan bahawa status Emma dengan DJ Kidd hanyalah sekadar kawan biasa, dan mereka tidak pernah melanggar batasan.
Mungkin orang nampak kami free hair, tapi macam mana amalan kita, semua orang tak tahu. Mana yang tak betul, kita betulkan.
Saya pasti bila masanya tepat, Emma sendiri akan maklumkan kepada semua jika ada berita gembira.
Syikin Tampil Bersuara Lepas Timbul Dakwaan Emma Maembong Duduk Sebumbung Dengan Teman Lelaki
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.