Alya Iman Tak Kisah Badan Berisi, Lebih Utamakan Kesihatan Mental [VIDEO]
‘Lepas Harungi Pelbagai Dugaan, Saya Lebih Matang’
Alya Iman Tak Kisah Badan Berisi, Lebih Utamakan Kesihatan Mental [VIDEO]
Pelakon Alya Iman bangkit selepas mengharungi ujian hidup yang menjadikan dirinya lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai anak seni.
Sayangi diri sendiri
Ketika ditemui OhBulan!, Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil akui lebih menghargai diri sendiri selepas berdepan dengan kemurungan tahun lalu.
Tahun lepas saya tidak seperti diri saya sendiri akibat mengalami tekanan dan kemurungan. Keadaan ini berlaku disebabkan kawan baik saya meninggal dunia.
Saya juga tak mahu keluar rumah dan tak keluar bekerja selama lima bulan. Justeru tahun ini saya nak jenamakan semula diri ini dan hanya nak gembirakan diri sahaja.
Kalau sebelum ini saya akan ambil berat jika ada perkara negatif berlaku pada diri sendiri dan orang sekeliling, tapi tahun ini saya akan buat tak tahu dan tak akan masuk campur sebab tak mahu serabutkan fikiran.
Mungkin kedengaran seperti pentingkan diri sendiri, namun pada pada pertengahan usia 20-an ini, saya mula belajar untuk lebih menyayangi diri sendiri.
Alya berkata demikian ketika ditemui di Majlis Iftar Stars Powerhouse Entertainment di St. Giles Boulevard Hotel pada Jumaat.
Fokus hanya pada perkara positif
Selain itu, anak kepada pelakon senior, Allahyarham Azmil Mustapha ini memilih untuk fokus pada perkara yang membuatkan dirinya bahagia sahaja.
Mengulas lanjut, Alya enggan memikirkan tentang teguran terhadap tubuh badannya yang semakin berisi ketika ini.
Tahun ini ramai yang kecam saya sebab berat badan saya bertambah dan saya nampak berisi. Malah saya turut ditegur pengarah yang perasan saya semakin gemuk.
Sebagai artis, saya sedar saya kena jaga penampilan kerana kita umpama satu karya seni yang ingin ditunjukkan kepada masyarakat. Tapi pada masa sama, saya selalu cakap yang saya juga manusia biasa.
Saya kena jaga kesihatan mental saya terlebih dahulu barulah saya jaga yang lain.
Dalam pada itu, Alya mendedahkan berat badannya kini mencecah angka 66 kilogram (kg) dimana melebihi sasarannya sebelum ini yang menetapkan berat bawah 60 kg.
Alya Iman Tak Kisah Badan Berisi, Lebih Utamakan Kesihatan Mental [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.