Pesara guru maut dirempuh kereta

Pesara guru maut dirempuh kereta

Pesara guru maut dirempuh kereta
Lokasi kejadian pesara guru maut selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta di Pasir Panjang, Sekinchan, petang semalam. – Foto IHSAN PEMBACA

SEKINCHAN: Seorang pesara guru maut selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta di Kilometer 64 Jalan Teluk Intan-Klang dekat Tali Air 10, Pasir Panjang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad, berkata nahas jam 6.50 petang itu membabitkan motosikal Modenas Kriss dan kereta Proton Inspira.

Beliau berkata, lelaki berusia 70 tahun itu menunggang di kiri jalan sebelum dikatakan mengubah haluan secara tiba-tiba.

“Mangsa dipercayai mengubah haluan dari kiri ke kanan jalan untuk membuat pusingan U sebelum dilanggar kereta.

“Mangsa yang cedera di kepala dan kaki kanan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


Md Yusof berkata, mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Pesara guru maut dirempuh kereta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker