Pelajar IPTS ditahan samun mangsa selepas berkenalan di aplikasi janji temu rakan sejenis

Pelajar IPTS ditahan samun mangsa selepas berkenalan di aplikasi janji temu rakan sejenis

​Pelajar IPTS ditahan samun mangsa selepas berkenalan di aplikasi janji temu rakan sejenis

SERDANG: Berkenalan dengan mangsa menerusi aplikasi janji temu sebelum mengajak untuk bertemu dan menyamun mangsa.

Itu taktik dipercayai digunakan sekumpulan pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyasarkan mangsa dalam kalangan lelaki yang meminati hubungan sejenis.

Bagaimanapun, perbuatan lima lelaki berusia 18 hingga 22 tahun itu terbongkar selepas mangsa yang mengalami kerugian kira-kira RM67,000 tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata pihaknya menerima laporan daripada pendandan rambut berusia 41 tahun itu pada 12 Mac lalu.

Katanya, pengadu mendakwa berkenalan dengan suspek melalui aplikasi janji temu sebelum bersetuju bertemu suspek di rumah sewa lelaki itu di Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA


“Pada jam 7.30 malam Ahad lalu, pengadu ke rumah suspek dan semasa berada di kediaman berkenaan pengadu menggunakan tandas. Selepas keluar, pengadu dapati dua lelaki tidak dikenali berada dalam rumah dan lelaki itu bersama suspek kemudian mengikat kedua tangan serta kaki pengadu.

“Salah seorang daripada mereka mengambil kayu dan memukul badan pengadu, manakala seorang lagi mengambil telefon bimbit pengadu lalu memindahkan wang berjumlah RM67,000 ke akaun rakan suspek.

“Suspek turut mengugut pengadu untuk tidak melaporkan kejadian sebelum melepaskan pengadu pulang semula ke rumahnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, beliau berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Serdang yang menjalankan siasatan berjaya menahan lima lelaki termasuk pemilik akaun bank yang menerima wang mangsa.

“Polis turut merampas beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes dan ujian saringan air kencing dijalankan mendapati semua suspek negatif bahan terlarang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP


“Siasatan awal dijalankan mendapati tiga kejadian membabitkan mangsa berbeza menggunakan modus operandi sama yang mana dua kejadian tidak dilaporkan.

“Modus operandi digunakan adalah mencari mangsa melalui media sosial, berjanji temu di tempat ditentukan suspek kemudian mengikat mangsa sebelum memindahkan wang mangsa ke akaun salah seorang suspek selain turut mengugut supaya tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Beliau berkata, empat suspek masih direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut manakala seorang lagi suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan, Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api tiruan serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menyimpan bahan lucah,” katanya.

Beliau meminta kerjasama individu yang pernah menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan berhubung kejadian di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nursabrina Ahmad Jafri di talian 03-80742222.

Pelajar IPTS ditahan samun mangsa selepas berkenalan di aplikasi janji temu rakan sejenis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker