Nabila Huda Tak Pernah Terbayang Dapat Pindah Rumah Teres [VIDEO]
12 Tahun Tinggal Di Kondominium
Nabila Huda Tak Pernah Terbayang Dapat Pindah Rumah Teres [VIDEO]
Setelah 12 tahun tinggal di rumah kondominium, pelakon Nabila Huda kini merupakan pemilik rumah bertanah ataupun ‘landed house’.
Landed house
@impianamy Rumah Lama Diberi Nafas Baru Pilihan Pelakon Nabila Huda Cantiknya! Rumah yang bakal didiami oleh pelakon Nabila Huda ini yang kini masih dalam fasa renovasi dan ubahsuai. Binaan perumahan lama tahun 70-80an yang diberi nafas baru. Ada vibes retro dan vintage pada konsep kediaman. Untungnya bila beli rumah lama ni pelan lantai lebih kemas & mempunyai bukaan yang lebih luas! Tak sabar nak tunggu siap sepenuhnya. Semoga dipermudahkan urusan. Jom kita tengok antara progress rumah yang Abil kongsikan ini. #impiana #impianakongsi #rumahbarunabilahuda #rumahsubsale #perumahanlama
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi dilihat sibuk memindahkan barang-barang ke rumah barunya.
Menurutnya, dia tidak terlalu berharap namun bersyukur atas rezeki yang dipermudahkan untuk memiliki ‘landed house’.
Masih lagi tak percaya selepas 12 tahun tinggal di kondominium, akhirnya saya pindah.
Saya tak pernah imagine atau berniat untuk duduk landed house. Mungkin dah terbiasa dan selesa duduk di kondominium.
Saya suka rumah kecil saja. Jadi, tahun lepas tiba-tiba rasa macam best duduk rumah bawah.
Kita tak cari sangat atau mengharap tapi tiba-tiba ada rezeki pulak.
Tahniah Abil
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan kejayaan Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil dengan rezekinya memiliki ‘landed house’. Selain itu, warganet turut teruja untuk menanti lebih banyak resipi di rumah barunya.
Sumber: TikTok @NabilaHuda
Nabila Huda Tak Pernah Terbayang Dapat Pindah Rumah Teres [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET