Fattah Amin Gembira Dapat Jumpa Fatima [VIDEO]
Bakal Beraya Bersama Pada Hari Ketiga & Keempat – ‘Kami Bergilir-Gilir’
Fattah Amin Gembira Dapat Jumpa Fatima [VIDEO]
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa gembira akhirnya dapat bertemu dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang sebelum ini dikatakan berada dalam keadaan kurang sihat.
Mungkin ‘demam rindu’
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata berkata doa orang ramai akhirnya dia dapat berjumpa dengan anak perempuannya.
Alhamdulillah, hasil daripada doa semua orang saya dapat jumpa dia. Fatima tidak sihat, hari itu saya tidak dapat jumpa dia tetapi hari ini (semalam) saya dapat jumpa dia.
Masa jumpa pun, Fatima kata dia demam sikit tetapi tidak teruk sangat. Banyaklah saya bersembang dengan dia.
Dia berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan solat tarawih 2025 bersama Fattah Amin di Kuala Lumpur pada Isnin.
Raya ketiga dan keempat
Bercerita lanjut mengenai Hari Raya, pelakon Keluarga Itu berkata pada tahun ini dia akan mengambil giliran dengan bekas isterinya untuk beraya dengan Fatima.
Kami bergilir-gilir. Fatima akan beraya dengan bekas isteri dahulu untuk raya pertama dan kedua. Kemudian akan beraya dengan saya untuk raya ketiga dan keempat.
Tapi kita tengok macam mana perbincangan dengan pihak sana. Kalau boleh nak lama sedikit tapi dah ada persetujuan untuk bergilir-gilir itu. Apa yang penting Fatima gembira.
Tambah Fattah, dia dan Fatima akan mengenakan busana berwarna biru pada hari raya nanti.
Kalau ikutkan pada raya ketiga dan keempat itu baju raya saya dengan Fatima warna biru. Cuma saya pun belum berkesempatan (untuk membeli-belah raya) kerana sibuk bekerja.
Mungkin minggu depan baru berkesempatan untuk membeli-belah raya untuk keluarga saya.
Fattah Amin Gembira Dapat Jumpa Fatima [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET