JPJ tumpu 15 lokasi nahas di Kelantan
JPJ tumpu 15 lokasi nahas di Kelantan

PASIR PUTEH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan memberi tumpuan terhadap lebih 15 lokasi panas menerusi Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025.
Operasi bermula pada 24 Mac sehingga 8 April membabitkan 187 pegawai dan anggota serta 33 kenderaan penguatkuasaan.
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata lokasi membabitkan kawasan berisiko kemalangan terutamanya di jalan persekutuan di Kuala Krai, Gua Musang, Machang, Jeli dan Pasir Puteh.
Katanya, JPJ memberi penekanan kepada tujuh kesalahan seperti berikut tidak mematuhi had laju, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong dan menghalang daripada memotong, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sesi Libat Urus dan Gimik Pelancaran HRA 2025 Peringkat Negeri Kelantan di Stesen Penguatkuasa JPJ Bukit Jawa, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Majlis disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Malaysia, Datuk Jazmanie Shafawi.
Misuari berkata, lampu amaran ‘amber light’ sudah dilaksanakan bermula hari ini sehingga 8 April di beberapa lokasi seluruh Kelantan.
Terdahulu, JPJ Kelantan memaklumkan lebih dua juta kenderaan dijangka masuk ke negeri ini sempena Aidilfitri.
Sementara itu, Jazmanie berkata, JPJ akan meneruskan modus operandi penyamaran penguatkuasaan di depo dan terminal bas bagi mengurangkan kesalahan jalan raya membabitkan pengangkutan awam.
Katanya, pemeriksaan ke atas pemandu bas membabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan kesalahan jalan raya.
Lebih 2,500 anggota penguat kuasa bertugas di seluruh negara bagi Op HRA 2025.
JPJ tumpu 15 lokasi nahas di Kelantan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET