Dumfries tarik diri, De Jong diragui hadapi Sepanyol
Dumfries tarik diri, De Jong diragui hadapi Sepanyol

The Hague: Skuad Belanda berdepan tamparan hebat menjelang aksi suku akhir Liga Negara-Negara menentang Sepanyol apabila Denzel Dumfries terpaksa menarik diri akibat kecederaan, manakala Frenkie de Jong masih diragui kecergasannya.
Dumfries mengalami kecederaan ketika membantu Inter Milan mencatat kemenangan Serie A ke atas Atalanta, memaksa pengendali Belanda, Ronald Koeman, memanggil pertahanan Ajax Amsterdam, Youri Baas sebagai pengganti.
Koeman turut menambah pemain Brighton & Hove Albion, Mats Wieffer ke dalam senarai bagi memberi perlindungan sekiranya De Jong tidak dapat beraksi.
Pemain tengah Barcelona itu tidak diturunkan ketika pasukannya menewaskan Atletico Madrid kerana masalah kesihatan.
De Jong tetap hadir ke kem latihan skuad Belanda tetapi tidak menyertai sesi latihan.
Belanda akan menjadi tuan rumah bagi aksi pertama suku akhir menentang Sepanyol di Rotterdam pada Jumaat sebelum berkunjung ke Valencia bagi perlawanan timbal balik Isnin ini.
Dumfries tarik diri, De Jong diragui hadapi Sepanyol
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta