Sumareh jadi topik perbincangan warganet
Sumareh jadi topik perbincangan warganet

Kuala Lumpur: Tindakan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski menyenaraikan Mohamadou Sumareh dalam skuad negara untuk berdepan Nepal pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.
Hal ini kerana, mereka melihat pemilihan berkenaan seperti tidak tepat apatah lagi pemain naturalisasi itu sangat kurang minit permainannya dalam tiga bulan terakhir, tetapi tetap dipilih untuk berada dalam senarai 27 pemain.
Malah ada juga segelintir melontarkan komen sinis dengan menyatakan pemilihan itu sebahagian daripada revolusi yang dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Malayisa (FAM).
“Mantap revolusi bersama Sumareh,”kata Afiq.
“Dah lama netizen tak tengok Sumareh , Shahrul (Saad) dalam tv, sama ada main dengan kelab atau negara. Adakah masih perform? Rasa lebih baik lagi Sumareh digantikan dengan (Sergio) Aguero.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Natxo (Insa) tak perlu bagi alasan lagi, untuk kelab beliau nampak kerap diturunkan. Apa-apa pun harap skuad yang dipanggil kali ini bagi persembahan yang terbaik,” kata Fadzil Razak.
“Perlu bermula dengan kemenangan yang bergaya! Walaupun dengan hampir pemain yang sama tapi saya percaya akan ada perubahan positif dalam pasukan. Semoga berjaya,” kata Nadarajan Veloo.
Jika melihat kepada maklumat yang dicatatkan di laman Transfermarkt, tahun ini Sumareh hanya membuat penampilan sebanyak enam kali sahaja dalam saingan Liga Super (empat kali) dan Piala Malaysia (dua kali) dan hanya beraksi dua kali sahaja untuk tempoh kurang 30 minit.
Kali terakhir dia diberikan peluang untuk bermain adalah pada 24 Februari lalu ketika menentang Perak FC dan hanya beraksi dalam 10 minit sahaja. Untuk rekod, jaringan terakhir oleh Sumareh adalah setahun yang lalu ketika menentang KL Rovers di peringkat 16 terbaik dalam kancah Piala Malaysia.
Sumareh jadi topik perbincangan warganet
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET