Pensyarah institut kemahiran ditahan polis kerana rogol pelajar sendiri

Pensyarah institut kemahiran ditahan polis kerana rogol pelajar sendiri

Pensyarah institut kemahiran ditahan polis kerana rogol pelajar sendiri

CHUKAI: Seorang pensyarah institut kemahiran dekat Kemaman di sini, direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, akhir tahun lalu.

Perintah reman sehingga 18 Mac ini ke atas lelaki berusia 38 tahun itu, dikeluarkan Majistret, Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, berkata suspek ditahan pada 12.15 tengah malam tadi.

Beliau berkata, mangsa yang kini berusia 18 tahun, tampil membuat laporan polis pada 3.38 petang semalam.

“Pihak polis turut merampas sebuah kereta dan beberapa barangan lain untuk membantu siasatan,” katanya.

Mohd Razi berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut termasuk sama ada terdapat pelajar lain yang turut menjadi mangsa. – BERNAMA

Pensyarah institut kemahiran ditahan polis kerana rogol pelajar sendiri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker