Arsenal tiada tekanan untuk menyerlah di UCL – Arteta
Arsenal tiada tekanan untuk menyerlah di UCL – Arteta

London: Tiada jangkaan tambahan ke atas Arsenal untuk menyerlah dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menjelang perlawanan timbal balik pusingan 16 terakhir menentang PSV Eindhoven, awal pagi Khamis.
Pengurus pasukan, Mikel Arteta berkata, tiada tekanan walaupun mereka menghadapi kesukaran dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), baru-baru ini.
Pada perlawanan pusingan pertama minggu lalu, Arsenal membelasah PSV 7-1 di tempat lawan dan hampir pasti mengesahkan tempat ke suku akhir.
Namun, prestasi mereka dalam liga tidak begitu memberangsangkan dengan tiga perlawanan tanpa kemenangan menyebabkan mereka ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu, Liverpool, walaupun mempunyai satu perlawanan dalam tangan.
Mereka turut tersingkir daripada saingan Piala FA dan Piala Liga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Kami sangat sedar tuntutan kelab bola sepak ini adalah untuk mencapai tahap tertinggi dan memenangi pertandingan, itu sahaja.”
Arsenal berkemungkinan bertemu sama ada juara bertahan Real Madrid atau Atletico Madrid di suku akhir, bulan depan.
“Sejak hari pasukan ditetapkan, sudah tentu anda akan melihat pasukan lain, dan pasukan yang kami sudah kenal,” kata Arteta.
“Kami mengenali mereka semua kerana mereka sangat bagus, jadi dalam fikiran anda akan terlintas ‘bagaimana jika?’ Tetapi itu sahaja, kemudian anda perlu berusaha untuk layak berada di posisi itu.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
Pengurus dari Sepanyol itu memberi bayangan untuk memberikan masa permainan kepada beberapa pemain muda Arsenal menentang PSV dengan berkata: “Kami telah melakukannya apabila berpeluang.
“Ia sentiasa sesuatu yang hebat kerana mereka sangat membantu dan menyumbang banyak kepada pasukan.
“Apabila anda mempunyai peluang untuk memberikan mana-mana pemain masa permainan sebagai tanda terima kasih, ia adalah satu cara untuk memberitahu mereka bahawa kami menghargai apa yang mereka lakukan untuk kami.”
Arsenal tiada tekanan untuk menyerlah di UCL – Arteta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET