Nak jadi jurulatih ke James Bond?

Nak jadi jurulatih ke James Bond?

Nak jadi jurulatih ke James Bond?
CASTILLO dilihat berpakaian kemas di tepi padang. FOTO AFP

London: Bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berpakaian kemas, Segundo Castillo mencuri perhatian peminat sehingga ada yang mencalonkannya sebagai pelakon James Bond seterusnya.

Castillo pernah dipinjamkan ke Everton dan Wolves dari 2008 hingga 2010 dari kelab Red Star Belgrade di Serbia.

Dia bersara sebagai pemain pada 2020 dan mula menceburi bidang kejurulatihan dua tahun kemudian bersama Barcelona S C di Ecuador.

Karier kejurulatihannya mungkin kurang menonjol, tetapi gaya pakaiannya pada hari perlawanan menarik perhatian ramai.

Bekas pemain tengah itu tampil bergaya dengan tuksedo krim dan hitam ketika menyaksikan kemenangan 3-0 Barcelona S C ke atas Corinthians dalam aksi Copa Libertadores.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


Peminat kagum dengan penampilannya, dengan ada yang berkata: “Lelaki hebat!”

Seorang lagi menambah: “Mesti terus keluar berhibur selepas perlawanan.”

Seorang peminat berseloroh: “Apabila anda ada perlawanan pada jam 8 malam dan prom pada 10 malam.”

Sementara yang lain berkata: “Jadikan dia James Bond yang baru.”

Castillo hanya membuat sembilan penampilan untuk Wolves dan 13 untuk Everton, dengan menyumbat satu gol bersama Toffees.

Kariernya turut membawanya ke Mexico dan Arab Saudi, selain beraksi di England serta di tanah airnya, Ecuador.

Dia meraih 87 kap bersama Ecuador dan bermain setiap minit dalam kempen Piala Dunia 2006.

Castillo memulakan kerjaya kejurulatihannya secara sementara di kelab lamanya, Barcelona S.C, sebelum menggalas tugas secara tetap tahun lalu.

 

Nak jadi jurulatih ke James Bond?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker