Neymar kembali perkuat skuad Brazil
Neymar kembali perkuat skuad Brazil

Rio de Janeiro: Neymar dipanggil semula oleh jurulatih Dorival Junior ke dalam skuad Brazil selepas hampir setahun setengah dibelenggu kecederaan untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Colombia dan Argentina.
Neymar memulakan empat perlawanan pertama Brazil dalam kelayakan Piala Dunia, namun terpaksa diketepikan akibat kecederaan ketika kalah kepada Uruguay pada Oktober 2023, yang menjadi penampilan terakhirnya bersama juara dunia lima kali berkenaan.
Brazil berdepan kesukaran dalam kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan.
Selepas 12 daripada 18 pusingan, mereka berada di tangga kelima dalam kumpulan 10 negara, namun enam pasukan teratas dijamin tempat di Piala Dunia dan Brazil kini unggul lima mata di depan Bolivia yang berada di tangga ketujuh.
Neymar akan berusia 34 tahun ketika kejohanan berkenaan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada, dan Mexico.
Neymar menjaringkan gol pertamanya selepas lebih 14 bulan pada Ahad lalu dengan jaringan pertama untuk Santos sejak kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya pada awal bulan ini.
Gol berkenaan membantu Santos mengalahkan Agua Santa 3-1 dalam perlawanan Kejohanan Negeri Sao Paulo.
Ia juga gol ke-137 dalam 229 penampilan untuk kelab yang ditinggalkannya pada 2013 untuk menyertai Barcelona.
Gol itu juga adalah gol pertama Neymar sejak 3 Oktober 2023 ketika bermain untuk Al Hilal menentang Nassaji Mazandaran dalam Liga Juara-Juara Asia.
Neymar menamatkan kontraknya dengan kelab Arab Saudi itu pada akhir Januari lalu untuk kembali ke tanah airnya.
Neymar kembali perkuat skuad Brazil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET