Murid lelaki cedera, kaki tersepit pada jeriji penutup longkang

Murid lelaki cedera, kaki tersepit pada jeriji penutup longkang

Murid lelaki cedera, kaki tersepit pada jeriji penutup longkang
Pasukan bomba mengeluarkan kaki kanan mangsa yang tersepit di celah-celah jeriji penutup longkang di SJKC Sibu Jaya, hari ini. – Foto NSTP/ Ihsan JBPM

SIBU: Seorang murid lelaki dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sibu Jaya mengalami kecederaan selepas kaki kanannya tersangkut lalu tersepit di celah-celah jeriji penutup longkang sekolah berkenaan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 1.26 petang.

“Sampai di lokasi pasukan bomba mendapati berlakunya insiden yang mana kaki mangsa tersepit di celah-celah jeriji penutup longkang,” ujarnya.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan kaki mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat hidrolik bagi meregangkan jeriji besi di antara kaki mangsa.

Selepas lima minit bertungkus-lumus, kaki mangsa yang tersepit itu akhirnya berjaya dikeluarkan.

“Mangsa berusia 8 tahun tidak mengalami kecederaan serius, namun kelihatan agak lemah akibat menahan kesakitan kaki ekoran insiden yang berlaku,” jelasnya.

Murid lelaki cedera, kaki tersepit pada jeriji penutup longkang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker