Dua kereta bertembung, seorang maut, tiga lagi cedera
Dua kereta bertembung, seorang maut, tiga lagi cedera

KOTA TINGGI : Seorang maut, manakala tiga yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM 9.8 Jalan Kota Tinggi – Kluang di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira jam 8.45 pagi.
Beliau berkata, kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga warna emas yang dipandu wanita berusia 26 tahun bersama dua penumpang iaitu ibunya berusia 59 tahun dan anaknya berusia dua tahun.
“Kemalangan berlaku apabila sebuah lagi Proton Saga berwarna merah dipandu remaja lelaki 18 tahun yang bergerak dari arah Kampung Lukut, Batu Ampat ke Kota Tinggi dipercayai memasuki laluan bertentangan.
“Ia menyebabkan dia bertembung di bahagian hadapan sisi kiri Proton Saga berwarna emas dinaiki tiga sekeluarga itu,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Menurut beliau, akibat kemalangan itu, penumpang hadapan Proton Saga warna emas iaitu wanita berusia 59 tahun parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia jam 9.59 pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini.
Katanya, pemandu kereta itu bersama anaknya turut cedera dan kini masing-masing sedang mendapatkan rawatan di HKT dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
“Pemandu Proton Saga warna merah pula cedera ringan di kaki,” katanya.
Yusof berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dua kereta bertembung, seorang maut, tiga lagi cedera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET