Dua ditahan, dadah, aset bernilai RM1.16 juta dirampas di Pulau Pinang
Dua ditahan, dadah, aset bernilai RM1.16 juta dirampas di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini susulan rampasan bahan itu dan aset bernilai lebih RM1.16 juta selain menahan dua individu di sekitar Jelutong, di sini, kelmarin.
Lelaki warga tempatan dan wanita warga asing yang masing-masing berusia 32 dan 42 tahun itu ditahan di lokasi berasingan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata lelaki itu ditahan di hadapan sebuah kedai jam 8.34 malam dan pemeriksaan lanjut menemui serbuk dadah jenis MDMA seberat 118 gram di dalam plastik.
Katanya, polis kemudian dibawa ke tempat letak kereta di kawasan yang sama dan menemui 50 botol berisi cecair jus minuman MDMA seberat 19,700 ml serta 16 cawan berisi dadah jenis sama seberat 627 gram.
“Polis kemudian dibawa ke unit kondominium di kawasan sama dan menahan suspek wanita serta merampas sebanyak 265 bungkusan plastik mengandungi dadah MDMA seberat 6.71 kg serta 23 cawan mengandungi dadah jenis sama, seberat 966 gram,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Hamzah berkata hasil risikan mendapati sindiket itu bergiat aktif sejak Januari lalu manakala jumlah keseluruhan dadah dirampas boleh digunakan 35,000 penagih.
Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
“Kedua-duanya direman selama tujuh hari sehingga 10 Mac ini bagi tujuan siasatan,” katanya lagi.
Hamzah berkata tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang turut menyita sebuah motosikal.
Katanya, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah lebih RM1.16 dengan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan rotan yang tidak kurang daripada 12 sebatan,” katanya.
Dua ditahan, dadah, aset bernilai RM1.16 juta dirampas di Pulau Pinang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET