Mira Filzah Bangga Dengan Suami [VIDEO]
Harap Ramai Sokong Usaha Elak Pembaziran Makanan – ‘Ini Inisiatif Yang Bagus’
Mira Filzah Bangga Dengan Suami [VIDEO]
Pelakon Mira Filzah akui bangga dengan usaha suaminya, Wan Emir dalam menghasilkan aplikasi ReMeal yang direka khas untuk mengelakkan pembaziran makanan di Malaysia.
Bangga dengan suami
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 32, merasakan usaha suaminya adalah inisiatif yang sangat membantu untuk rakyat Malaysia.
Alhamdulillah, saya sangat berbangga.
Ini adalah inisiatif yang sangat bagus.
Terutama bila Ramadan, kalau macam buffet selalunya tak habis pun.
Jadi makanan-makanan itu akan masuk dalam aplikasi ReMeal.
Untuk sesiapa yang mungkin lepas isyak masih lapar, boleh tengok dalam aplikasi itu dan dapatkan dengan harga yang murah.
Dalam pada itu, ibu kepada Wan Khair Amir berharap agar lebih ramai dapat menyokong inisiatif seperti ini untuk mengurangkan pembaziran makanan.
Sebenarnya ramai saja dah buat inisiatif ini.
Cuma perkara ini perlukan sokongan.
Jadi, kalau lebih ramai sokong mungkin aplikasi ini boleh berjaya.
Sumber: Tik Tok @Nona
Mira Filzah Bangga Dengan Suami [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.