Bomba selamatkan budak terperangkap dalam tempayan

Bomba selamatkan budak terperangkap dalam tempayan

Bomba selamatkan budak terperangkap dalam tempayan
Op Gasak: DBKL sita gerai haram di Bazaria Wangsa Maju, 35 warga asing ditahan

SHAH ALAM: Seorang budak lelaki berdepan detik cemas apabila sebahagian badannya tersangkut dalam tempayan ketika mandi dalam kejadian di sebuah pangsapuri dekat Jalan Raya Barat, Klang malam kelmarin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.30 malam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan segera ke lokasi sebaik menerima panggilan dan mendapati mangsa adalah seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun.

“Siasatan mendapati, ibu mangsa menyedari keadaan anaknya itu sebaik mendengar anaknya menjerit meminta tolong dari dalam bilik air.

“Berdasarkan maklumat, kanak-kanak tersangkut di dalam tempayan selepas duduk dalam posisi mencangkung,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 7 minit mengeluarkan kanak-kanak itu dari tempayan berkenaan.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba bertugas sudah diserahkan kepada keluarga dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Bomba selamatkan budak terperangkap dalam tempayan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker