Ejen pelancongan tetak rakan gara-gara pakej murah

Ejen pelancongan tetak rakan gara-gara pakej murah

Ejen pelancongan tetak rakan gara-gara pakej murah

PAPAR: Seorang ejen pelancongan ditahan selepas menetak kenalannya dalam kejadian di Jeti Sungai Kampung Kawang, Beringgis, di sini, Rabu lalu.

Suspek berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 petang semalam oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Papar yang dibantu pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, berkata berdasarkan hasil siasatan awal, punca kejadian dipercayai disebabkan perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

Katanya, kedua-dua mereka mengenali antara satu sama lain dan bekerja sebagai ejen pelancongan di syarikat berlainan.

“Pertikaian antara mereka bermula apabila syarikat suspek menawarkan pakej harga yang lebih rendah berbanding syarikat mangsa kepada pelancong Korea.

“Ia secara tidak langsung menyebabkan kebanyakan pelancong dari Korea beralih daripada syarikat mangsa kepada syarikat suspek.

“Mangsa yang berasa tidak puas hati kemudiannya menegur suspek yang membawa kepada pertengkaran antara mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamaruddin berkata, suspek secara tiba-tiba mengambil sebilah sabit dari keretanya dan terus melibas ke arah mangsa.

Katanya, kejadian mengakibatkan mangsa cedera di telinga kiri dan tangan kiri manakala suspek melarikan diri.

“Mangsa yang berlumuran darah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk menerima rawatan.

“Setakat ini mangsa dilaporkan stabil dan masih mendapat rawatan di hospital,” katanya.

 

Ejen pelancongan tetak rakan gara-gara pakej murah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker