Wany Hasrita Menangis 6 Kali Disebabkan Amira Othman [VIDEO]
Raih Perhatian Netizen!
Wany Hasrita Menangis 6 Kali Disebabkan Amira Othman [VIDEO]
Siapa yang tidak kenal dengan Nurshazwany Hasrita Hasbullah atau lebih dikenali sebagai Wany Hasrita yang merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, “Menahan Rindu” sehingga melayakkannya untuk memasuki peringkat akhir Anugerah juara Lagu yang ke-32.
Pada tahun 2018, beliau telah memenangi Penyanyi Wanita Popular sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31. Beliau juga antara selebriti tanah air yang turut terlibat dalam perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing Malaysia (TGR Festival) yang bersaing dalam kelas promosi bagi musim ke-2 hingga musim ke-5.
“Dulu Aku Hantar, Sekarang Dah Ada Orang Yang hantar Dia Balik”-Wany Hasrita
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @zeileenyusnita yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 112 ribu, tanda suka sebanyak 2,463 dan sebanyak 40 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Wany Hasrita yang menangis kerana sahabatnya iaitu Amira Othman terlalu baik kepadanya.
@zeileenyusnita Malam penuh epic dgn @Wany Hasrita dan @Amira Othman 😂😂😂 saya sayang adik saya 2 org ni. Always so much fun and randomness with both of them. #wanyhasrita #amiraothman
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan adakah Wany Hasrita menangis disebabkan Amira Othman telah berpunya dan tidak perlu menghantarnya pulang lagi.
Wany Hasrita Menangis 6 Kali Disebabkan Amira Othman [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET