14 kesan tikaman, satu kena jantung punca kematian penyanyi sambilan – Bedah siasat

14 kesan tikaman, satu kena jantung punca kematian penyanyi sambilan – Bedah siasat

14 kesan tikaman, satu kena jantung punca kematian penyanyi sambilan - Bedah siasat
Foto hiasan.

MELAKA: Sejumlah 14 kesan tikaman pada tubuh dengan satu daripada tepat mengenai jantung menjadi punca kematian penyanyi sambilan yang disyaki dibunuh di rumah sewanya di Taman Seri Mangga, dekat Malim, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kesimpulan itu dibuat pakar perubatan forensik yang melakukan bedah siasat mayat Ling Lu Cheng, 52, di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka bermula 9 pagi hingga 5.10 petang, Isnin lalu.

Berdasarkan laporan bedah siasat, katanya pakar perubatan forensik mengesahkan si mati mengalami 14 luka tikaman iaitu tiga di bahagian muka, masing-masing lima tikaman di bahagian dada serta lengan bawah kiri dan tangan kiri serta satu lagi pada betis kanan.

“Hasil pemeriksaan dalaman mayat, pakar perubatan forensik mengesahkan si mati mengalami ‘kecederaan fatal’ iaitu satu luka tikaman di dada kiri yang menembusi ‘aorta interkostal’ kedua dan menembusi sehingga ke ‘aorta menaik’.

Ini menyebabkan pendarahan dan pengumpulan darah dalam kantung jantung sehingga menyebabkan kematiannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Doktor pakar mengesahkan punca kematian si mati adalah disebabkan ‘stab wound to the aorta’ atau luka tikaman pada aorta,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Tambah beliau, menerusi pemeriksaan fizikal mayat juga, pakar menemukan kesan luka hiris pada bahagian dada dan tangan kiri si mati serta lebam pada dahi kirinya.

“Mangsa yang beralamat di Taman Sri Aman, Masjid Tanah itu juga disahkan meninggal dunia lebih 24 jam daripada waktu bedah siasat dijalankan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita ditemui mati disyaki dibunuh di dalam bilik sebuah rumah teres di Taman Seri Mangga dan polis percaya motif disebabkan perasaan cemburu suspek yang menghuni bilik sama.

Mangsa yang juga ibu tiga anak ditemui terbaring atas katil dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat ditikam.

14 kesan tikaman, satu kena jantung punca kematian penyanyi sambilan – Bedah siasat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker