PGA rampas 88,000 kelapa disyaki mahu diseludup ke Thailand

PGA rampas 88,000 kelapa disyaki mahu diseludup ke Thailand

PGA rampas 88,000 kelapa disyaki mahu diseludup ke Thailand
Kelapa dikumpulkan di kawasan stor berhampiran Sungai Golok di Kampung Pulau Ular, Tumpat yang disyaki mahu diseludup ke negara jiran

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 88,000 biji kelapa bernilai RM2.1 juta yang dipercayai mahu diseludup ke Thailand, semalam.

Rampasan berkenaan dilakukan Batalion 7 PGA kira-kira jam 12.30 tengah hari di stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, di sini.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan dilakukan menerusi Op Taring Wawasan selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan terhadap stor berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati ada 88,000 biji kelapa ditemui dalam lori dan kawasan stor terbabit tanpa dokumen dan lesen pembelian kelapa yang sah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


“Kita turut menahan lima individu berusia 26 hingga 43 tahun dipercayai berperanan sebagai penghantar bekalan terbabit ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke FAMA untuk tindakan selanjutnya.

PGA rampas 88,000 kelapa disyaki mahu diseludup ke Thailand

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker