Harimau Malaya perlu guna peluang pusingan ketiga

Harimau Malaya perlu guna peluang pusingan ketiga
SETIAUSAHA Agung AFC, Datuk Windsor John. – FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) melihat Malaysia hanya mempunyai peluang terakhir di pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini jika mahu beraksi di kejohanan berprestij itu kelak.

Perkara itu ditekankan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John yang mahukan Malaysia manfaat peluang terbabit sekali gus memenuhi hasrat penyokong bola sepak Malaysia untuk melihat skuad Harimau Malaya sekali lagi beraksi di kejohanan terbabit.

Beliau berkata, skuad Harimau Malaya mempunyai peluang cerah berdasarkan kepada pembaharuan yang diusahakan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

“Selepas beraksi di Piala Asia di Qatar, saya rasa Malaysia terpaksa (layak) walau dengan apa pun. Sebab ini harapan daripada peminat, sebab Malaysia sudah layak pada edisi sebelum ini.

“Perubahan yang dibawa masuk Pemangku Sultan Johor (Tunku Mahkota Ismail) dan pengukuhan struktur pada pasukan kebangsaan dan sokongan padu daripada kerajaan Malaysia, saya rasa ini peluang terbaik yang perlu digunakan semua pihak untuk layak ke Piala Asia,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


Mengikut rekod, sebelum ini skuad Harimau Malaya gagal mara secara merit dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 sekali gus terpaksa pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.

Harimau Malaya berada dalam Kumpulan F bersama juara Vietnam, Laos dan Nepal.

Hanya enam juara kumpulan saja yang layak secara automatik ke Piala Asia 2027. Atas sebab itu, Windsor melihat ini satu peluang yang harus dimanfaatkan anak buah Peter Cklamovski jika ingin layak buat kali kelima.

Kempen terbabit juga bakal menyaksikan lapan bintang warisan terbaharu akan beraksi bagi memperkuat skuad Harimau Malaya.

Harimau Malaya perlu guna peluang pusingan ketiga

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker