SPRM tahan saksi pendakwaan beri keterangan palsu
SPRM tahan saksi pendakwaan beri keterangan palsu
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang saksi pendakwaan kerana memberi keterangan palsu di mahkamah.
Menurut sumber, saksi pendakwaan iaitu lelaki berusia 35 tahun adalah seorang kontraktor ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Mersing kira-kira jam 9 malam tadi.
Difahamkan, suspek adalah saksi pendakwaan ke-12 memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail, yang mana ianya tidak selaras dengan pernyataan yang diberikan sebelum ini kepada pegawai penyiasat SPRM pada 2022 dan 2024.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009 dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman.
SPRM tahan saksi pendakwaan beri keterangan palsu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
You must be logged in to post a comment.