Majlis Perbandaran Kuala Selangor gempur premis kendalian warga asing

Majlis Perbandaran Kuala Selangor gempur premis kendalian warga asing

Majlis Perbandaran Kuala Selangor gempur premis kendalian warga asing
Anggota Jabatan Penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor memeriksa premis perniagaan dikendalikan warga asing menerusi operasi bersepadu di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam. – Foto MPKS

KUALA SELANGOR: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) terus menggempur premis perniagaan dikendalikan warga asing menerusi operasi bersepadu di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam, di sini.

Menurut kenyataan MPKS berkata, seramai 35 anggota Jabatan Penguat kuasa terbabit dalam pemeriksaan yang bermula jam 10 pagi hingga 2 petang semalam, di empat lokasi berbeza.

Beliau berkata, turut serta sekali adalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, Unit II (Selangor).

“Operasi ini bertujuan memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan tempatan oleh premis perniagaan khususnya dikendalikan oleh warga asing.

“Di lokasi pertama, sebuah restoran diperiksa dan didapati melanggar beberapa peraturan. Dua kompaun dikeluarkan berkaitan lesen dan iklan manakala satu notis berhenti perniagaan juga dikenakan. Beberapa barang seperti kerusi, meja, tong gas dan dapur gerai disita.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?

“Lokasi kedua juga membabitkan sebuah restoran yang didapati melakukan lebih banyak pelanggaran. Empat kompaun dikeluarkan kerana operasi tanpa lesen, iklan tidak sah dan pencerobohan kaki lima.

“Notis berhenti perniagaan turut dikeluarkan dan barang seperti tong gas, meja makan, kerusi dan dapur gerai disita,” katanya dalam satu kenyataan.

Serbuan di lokasi ketiga, MPKS berkata, empat kompaun dikeluarkan kerana halangan, ketiadaan lesen, iklan tidak sah dan isu tanjakan. Notis berhenti perniagaan dikeluarkan dan barang seperti penyedut vakum, tong sabun, pam angin, pam air, dan mesin ‘fogging’ disita.

“Di lokasi keempat, dua kompaun dikeluarkan kerana ketiadaan lesen dan iklan tidak sah. Notis berhenti perniagaan juga dikeluarkan dan barang seperti penyedut vakum, pemampat udara, tong bancuh sabun, pam angin dan pam air disita.

“Selain itu, SSM turut mengambil tindakan di lokasi ini iaitu Tindakan Kompaun Terus mengikut Kaedah 17A (2) APP 1956 kerana tidak mempamerkan papan tanda nama perniagaan dan nombor perniagaan,” katanya.

MPKS berkata, tindakan tegas ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan pematuhan dalam kalangan peniaga, khususnya warga asing terhadap peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti setempat,” katanya.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor gempur premis kendalian warga asing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker