China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Gambar hiasan. – Foto BERNAMA

JAKARTA: China mengemukakan cadangan baharu yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dengan ASEAN dalam pelbagai bidang.

Antaranya termasuk kerjasama maritim, kecerdasan buatan, pengangkutan, ekonomi biru, kesihatan wanita dan kanak-kanak dan alam sekitar, sebagai sebahagian usaha untuk mengukuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) mereka.

Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31, yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Naib Menteri Luar China, Sun Weidong di Bandar Ningbo, China pada Khamis.

“Berasaskan tema Tahun Pertukaran antara Rakyat ASEAN-China, pelbagai projek dan aktiviti dirancang dan bakal dilaksanakan di negara anggota ASEAN dan China untuk memupuk hubungan budaya dan kesalinghubungan antara rakyat yang lebih besar,” menurut Sekretariat ASEAN.

Sekretariat itu menyedari ASEAN dan China terus memperdalam kerjasama di bawah CSP dengan memberi tumpuan kepada sektor utama seperti perdagangan dan pelaburan, ekonomi hijau, kesalinghubungan, ekosistem digital, ekonomi biru, tenaga bersih, pertanian dan keselamatan makanan, budaya dan pelancongan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?


Semasa mesyuarat itu, China menegaskan semula sokongannya terhadap usaha pembinaan Komuniti ASEAN dan peranan pentingnya dalam hal ehwal serantau, menekankan keutamaan yang diberikan negara itu kepada hubungannya dengan ASEAN sebagai sebahagian daripada diplomasi kejiranannya.

Pegawai meneliti kemajuan yang dicapai dalam pelaksanaan Pelan Tindakan ASEAN-China 2021-2025, dan mencatatkan pencapaian penting pada tahun terakhir pelaksanaannya.

Rundingan itu juga menggariskan hasil yang boleh dicapai bagi kerjasama ASEAN-China pada 2025, termasuk penandatanganan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China yang dinaik taraf (FTA 3.0), penerimaan Pelan Tindakan baharu bagi 2026-2030 dan mewujudkan Mesyuarat Menteri Pelancongan ASEAN-China.

Pegawai kanan bertukar pandangan mengenai kebimbangan keselamatan serantau dan antarabangsa yang mendesak, termasuk keganasan, pemerdagangan manusia, penyalahgunaan dadah terlarang dan jenayah siber selain menggariskan keperluan untuk kerjasama yang dipertingkatkan dalam bidang ini.

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai kanan daripada negara anggota ASEAN atau wakil mereka, bersama Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN, Datuk Astanah Abdul Aziz, manakala Timor-Leste menyertai sebagai pemerhati.

China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker