Suami isteri maut, motosikal bergesel kereta
Suami isteri maut, motosikal bergesel kereta
![Suami isteri maut, motosikal bergesel kereta](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/6154401669895537350_1739369142.webp)
JEMPOL: Sepasang suami isteri maut apabila motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 17 Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang di sini, jam 2.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata motosikal itu ditunggang lelaki berusia 28 tahun, manakala isterinya berusia 40 tahun.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki berusia 31 tahun dari arah Simpang Pertang menuju Kuala Pilah hilang kawalan ketika melalui selekoh di lokasi kejadian.
“Kereta dipandu lelaki itu berpusing secara melintang dan memasuki laluan bertentangan.
“Pada masa sama, datang sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dinaiki mangsa dari arah bertentangan. Mangsa dipercayai tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian sisi sebelah kiri kereta,” katanya dalam kenyataan.
Chang Hook berkata, akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Suami isteri maut, motosikal bergesel kereta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.